BAB 7


       “Jangan....G..o..l....” Mee segera di dalam mulut hampir tersembur keluar, Meisya Raziela cepat-cepat menelan kunyahan separuh lumat di dalam mulut. “Haish...Farhan ni.....” Tangannya menghentak meja kuat. Kalau Khaireel Farhan tidak tergesa-gesa pergi ke depan, mesti bola itu tidak bolos. Barisan pertahanan pun sama, kelam-kabut. Meisya Raziela melepaskan dengusan kasar. Fikirannya terbang ke pejabat. Ketuanya, Encik Johan semakin hari semakin melampau. Minta yang bukan-bukan buat dia sakit hati saja. Giginya diketap geram.




            “Ha, Meisya..sekarang bukan musim sukan. Berita pasal atlet negara pun kurang. You nak bagi laporan apa kali ni?” Senyumannya menjengkelkan.

Meisya Raziela ketawa kambing, “bagi ajelah apa-apa....Kan atlet negara kita ramai...”

            “Okey, berita macam biasa you cari. Tapi I nak You buat satu berita khas untuk hujung minggu nanti...” Johan merenung meja, menatap kertas-kertas di atas meja. Dia ada rancangan lebih menarik untuk wartawan di depannya.

            “Apa dia?” Jelingannya tajam, apa lagi lah yang ketuanya itu hendak.          

            “You sendiri tahu, sekarang olimpik dan berlalu, sukan sea lama lagi, sukma.. semua masih belum pasti. Takkan nak harapkan berita atlet kita kemalangan, cedera, untuk dapatkan berita. I yakin you bukan macam tu. Sekarang atlet bola sepak kita dipandang tinggi pembaca. Bila cakap pasal bola, ia sukan dunia, semua orang tahu. Now, tugas you sekarang, I nak you cari kisah hidup pemain-pemain bola kita. Korek apa aje tentang diorang. Kahwin, cerai, anak, girlfriend... All about them.. yang penting hot! Biar kita bakar sikit mata pembaca dan peminat sukan negara..” Luah Johan, penuh minat.

            “What?” Meisya Raziela ketawa kecil, sinis. “Encik Johan... encik Johan ingat pemain bola kita tu artis ke? Diorang siapa, yang kita nak spot sana, spot sini. Eh lagipun, I tak suka lah ganggu-ganggu privasi hidup orang ni...Kita suratkhabar, I buat ruangan sukan, bukan ruangan gosip...” Sambung Meisya Raziela, berang. Dia tidak mahu, pengaturan itu akan menyakiti mereka.

            “Meisya, Meisya, Meisya! You jangan buat I marah okey... Gosip ke, privasi ke, ia tetap sukan, kan... Ke you takut privasi Khaireel Farhan tercalar? Em?” Johan mengangkat kening.

            Meisya Raziela mengusap muka, dia memegang kepala geram.

           “Khaireel Farhan ke, Faez ke, I tak suka. I tak nak ganggu privasi hidup diorang.....” Meisya Raziela teguh dengan keputusan sendiri.

Johan melarikan matanya jauh ke luar bilik, “I bukan suruh you ikut diorang 24jam, you dah jadi wartawan lima tahun, takkan tak tahu macam mana nak dapatkan berita. Takkan you tak nak tahu apa disebalik hidup Khaireel Farhan? You tak tahu kan Farhan pernah mengorbankan sesuatu yang dia sayang demi nak sampai ke tahap ni? You tak tahu kan?”

            Meisya Raziela hanya mendiamkan diri. Hendak ucapkan apa lagi, dia tidak mahu buat, dia tidak ingin.. maka itulah keputusannya.



            Haish...Garpu di tangan kanannya dihempaskan di dalam mangkuk. Tidak berselera bila memikirkan hal itu. Bagaimana? Dia wartawan sukan, bukan wartawan gosip. Hendak mencari berita itu di mana? Kahwin, cerai, anak... Merapu betul. Tetapi pasal Farhan, apa yang dia telah korbankan...? Meisya Raziela menatap gambar Khaireel Farhan di sudut bilik. Poster-poster penjaga gol pasukan kebangsaan itu ralit ditatap dengan perasaan hiba yang tertinggal.. Apa yang dia tidak tahu tentang Khaireel Farhan..?Ada kah perkara yang dia tidak tahu? Mungkinkah ada?