BAB 4


       
       Jam tangannya beberapa kali dikerling, entah bagaimana boleh terlewat. Sarapan tidak, baju pun apa yang tercapai saja. Mukanya diusap letih. Malam tadi, sibuk mengedit dan menulis laporan tentang atlet olahraga kebangsaan yang ditimpa kemalangan paginya. Makan tengahari tidak sempat, sehingga ke petang sibuk mencari berita dan perkembangan terbaru. Pulang sahaja ke rumah, rasa seperti hendak patah semua tulang-tulang kaki dan tangannya. Meisya Raziela menggeleng-gelengkan kepala lucu. Mengingatkan tentang hidup sendiri yang kadangkala sudah kacau bilau, dia lucu sendiri.

            Kepalanya diangkat mengadap kedai-kedai mamak dan restoran melayu di sepanjang deretan kedai dua tingkat berdekatan pejabatnya. Baru mahu mengatur kaki ke dalam kedai, ekor matanya tertangkap raut yang sangat dikenali. Pandangannya masih belum dilepaskan dari wajah itu, cuba diamati yakin. “Khaireel Farhan?” Meisya Raziela menggigit bibir, apa lelaki itu buat dekat situ? Nafasnya ditarik layu, lambat-lambat dia mengekori langkah penjaga gol pasukan kebangsaan itu ke farmasi.

            Khaireel Farhan masih berada di dalam kedai, sesekali dia menunjuk-nunjuk kaki sendiri. Dahinya berkerut dan mengeluh layu. Meisya Raziela mahu menolak pintu, lantas dibatalkan. Dia berundur, bersandar di dinding layu. Khaireel Farhan datang bersendirian, pasti dia tidak mahu orang tahu. Jadi dia hanya akan menimbulkan rasa yang kurang selesa saja jika berdegil mahu juga menghampiri lelaki itu.

            Meisya Raziela cepat-cepat mendaki tangga tepi farmasi apabila Khaireel Farhan hendak beredar keluar. Dia hanya memerhati atur kaki lelaki itu hilang dari pandangannya. Wartawan sukan akhbar terkemuka di Kuala Lumpur itu bingkas menolak pintu masuk farmasi. Bibirnya digigit, terpandang wajah pembantu farmasi, soalannya terus saja terlontar keluar. “Ahh...ada tak ubat yang dia cari?” Suaranya bergetar perlahan.

            Sorry....” Jelas pekerja farmasi itu tidak memahami soalannya.

                “Ubat yang lelaki tadi cari ada?” Soal Meisya Raziela.

                “Oh... Ubat meredakan sakit kaki Lehs? Tak ada cik, jenama tu tak semua orang suka. Saya suruh dia cari kat farmasi lain....” Jawab gadis itu mesra.

Meisya Raziela, ketawa kecil, menahan debar. Pandai juga dia berlakon. Hehe “Oh..tak apa, tak apa...er...em...Thank you...”

                Nafas lega dilepaskan layu, cepat-cepat dia melangkah keluar.






            Senyumannya masih meniti kemas di ruang bibir. Seluruh Kuala Lumpur puas dicari jenama ubat yang dimahukan Khaireel Farhan. Sampaikan dia terfikir syarikat yang menghasilkan ubat itu sudah pun muflis. Mana tidaknya, puas dicari, semua tidak menjual produk itu lagi. Akhirnya selepas mengorbankan seluruh waktu makan tengahari yang ada, jumpa juga itupun disebuah farmasi kecil di pinggir bandar Kuala Lumpur. Itulah, seperti pepatah moden, jangan menilai sesuatu dari luarannya. Sebab yang kecil itu tidak semestinya serba kekurangan, mungkin ia lebih baik...

            Pintu teksi dibuka perlahan, jantungnya berdegup kencang. Benarkah dia begitu berazam mahu memberikan ubat itu kepada Khaireel Farhan? Walaupun sudah lebih lima tahun menjadi wartawan sukan, tidak pernah sekalipun dia menemuramah Khaireel Farhan secara peribadi. Meisya Raziela ketawa kecil, bibirnya digigit cemas. Kenapa? Kerana otaknya akan berhenti berfungsi, malah bibirnya mula terkunci serta-merta bila berhadapan dengan Khaireel Farhan. Dia akan menjadi patung, dan ia terlalu memalukan...untuk dilihat lelaki itu.

            “Boleh saya jumpa Khaireel Farhan?” Meisya Raziela menggenggam kedua belah tangan, takut disoal macam-macam pula.

Kelihatan pengawal pusat latihan dan asrama pasukan bola sepak mengerling jam dinding, barangkali mahu memastikan sesuatu. “Pakcik cuba tanya diorang ada latihan tak.....em, Farhan...ah..ya...Farhan, ada orang nak jumpa kamu depan balai pengawal..ya...”

            “Terima kasih, pakcik....” Meisya Raziela menahan debar. Hendak ucapkan apa bila lelaki itu sudah berada di depannya? Kalau disoal di mana dia tahu tentang ubat itu, bagaimana? Meisya Raziela berkira-kira sendiri. Hatinya semakin cemas. “Ahh, pakcik, saya tiba-tiba ada hal, boleh tak bagikan ubat ni kat Farhan? Terima kasih....” Meisya Raziela senyum nipis, dia bingkas berlalu ke seberang jalan, hanya melangkah jauh dari depan pusat sukan itu. Dia menahan sebuah teksi yang bergerak perlahan menanti penumpang.

            “Ehh. Ada-ada ajelah....”

            “Pakcik?” Farhan bergegas ke pintu bilik kecil pengawal.

          “Ni ada perempuan tinggalkan, katanya ada hal.. dia baru naik teksi depan tu.....” Bibirnya dijuihkan ke arah teksi yang berhenti di seberang jalan.

Khaireel Farhan cuba mencari, teksi sudah pun menjauh. “Oh....” Matanya membulat melihat jenama ubat di atas kaunter.  Siapa? Macam mana dia tahu aku cari ubat ni?.. Bahunya dijungkitkan tidak mahu peduli. Solat Maghrib sudah hendak masuk waktunya. Dia harus mengambil wudhuk cepat dan menunaikan solat berjemaah bersama rakan-rakan lain. Selepas itu boleh lah berehat, melayan PS3, menonton video-video pertandingan lepas juga.